Saturday, August 15, 2009

Cinta dan Pengertian

Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan
dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu
keanehan yang dinamakan cinta. Ada sesuatu yang tidak ingin kita
lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah,
melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan
baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang
disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang
yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih
mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia,
ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum.
Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali
melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa
kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika
cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.

Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang,
melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang
diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang
telah kita buat.

Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar,
melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan,
mengerti, merasakan dan bertahan. Lebih berbahaya menitiskan
airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata
yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi
mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang.
Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya
kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita
mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus
berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti
mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan
lebih bahagia apabila kita melepaskannya. Sebaliknya,
apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia,
jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar
mencintai. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati. Lebih baik
menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama
orang yang sedia ada. Kadangkala, orang yang kita cintai adalah
orang yang paling menyakiti hati dan kadangkala teman yang
menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.


p/s: dicilok dari tulisan Myelina Tashiro

0 comments: