Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadan 1430H

4RAMADAN 1430

hari ke 4 berpuasa..
hari ini juga hari lahir ibuku ke-50..
"Ma, happy birthday.. Selamat Pjg Umo, Dimurahkan Rezeki & Diberikan kesihatan utk trus menghambakan diri padaNYA"
telah ku ucapkan ia di dalam mesej tepat kul 12 semalam..
dan pagi ini, ibuku membalasnya...
"Terima kasih sygku..Insyaallah"
............................................................

hari ini,
ku temui kekuatan dalam tindakanku..
tekadku telah tertunai, dan tiada apa lagi beban tertanggung di dada ini..
aku telah bebas.. bebas dr ikatan sebuah janji yang tiada nilai..
bebas dr segala isi hati yang terpendam..
telah lama ku tggu saat tibanya masa ku temui kekuatan utk berkata2..
dan hari ini.. aku menghamburkan segalanya..
harapanku pintaku agar kau faham..
erti bahawa kita...kau dan aku.. xmungkin akan bersama lg..
kini jelas.. drpd segala samar2 yang kau kira aku xmampu hidup tanpamu..
kini jelas.. drpd segala tanggapan yang aku seorang yang ego..
ego..? egokah aku kerana mempertahankan diri sendiri setelah segalanya musnah?
ego kah aku..melepaskan ape yang paling ku sayang pada seseorang yang kau rasa dia baik utkmu? jika ini ego... lepaskan aku pergi, jgn kembali merayu lg..
kerana aku adalah seorang egois, xmemandang tepat padamu lg..

jika dia yang terbaik, yang melengkapi segala yang ku xpunyai..
kau jagalah ia sebaiknya. jangan kau kira tentang apa yang kita tinggalkan..
kisah kau dan aku..telah menjadi cerita dan ternoktah hari ini. genap 4mggu..
ku kumpul kekuatan utk berkata2, selepas segalanya ku diamkan..
ketahuilah, aku terlalu siksa disaat melawan perasaan, berperang dengan diri sendiri..
sehingga merana.. xpernah ku lalui cinta sesakit ini.. sekalipun ku pernah jatuh cinta.
namun, apa yang ku lalui bersamamu.. begitu berbekas di hati.. tertinggal di sudut yang paling diskrit utk ku fahami... aku xfaham, bagaimana cinta itu datang terlalu cepat ketika saat aku belum cukup mengenalimu.. aku xfaham, kemana cinta itu telah pergi.. kini tidak tersisa lagi..
kemana semua rasa itu menghilang? cukup sakit yang datang... sakit yang bisa buat aku menangis disaat aku berperang dengan diri sendiri..

ku trauma, bile dia dtg menerjah ke minda ku.. suara itu bagai meracik2 minda ku.. kenapa lah, aku perlu ada kaitan dengan manusia spesis plastik itu? aku xpernah undang kau dlm hidup aku... tp kau datang menikam ku dari belakang.. kini kau pasti tersenyum megah, kerana apa yang kau hajatkan selama ini, telah tertunai..
xperlu bersaing denganku, menghadapi penipuan demi penipuan dan kesakitan lg..kerana aku telah melepaskan dia... yang kau gilakan. puaskan hati kau.. kerana kau berjaya memusnahkan hati kaum kau sendiri... aku xmintak kau akan dibalas, tp... tuhan itu maha adil. Kau akan rasa,..bagaimana apa yang pernah aku rasa.

buat kau yang bernama insan yang pernah dihatiku,
cukup2lah kau mengembalikan kisah2 dulu, jimat2kan lah kredit mu itu drpd menghantar mesej2 sampah kenangan dulu. xpayahla merayu.. xpayahla merapu tentang sesuatu yang terang dan nyata salahmu.. aku dah redha, simpan jelah bahasa2 kita dahulu.. aku xmau dengar dah.. terimalah hakikat.. aku bukan utkmu..
kita... telah terpisah kepada kau & aku
kau dan aku... telah terpisah kepada kau2...aku2...
Kini aku redha..melepaskan kau..
pergilah terbang mencari bahagia mu...
biarkan aku disini menanti bahagia ku...
dan aku akan terus mendoakanmu supaya menjadi insan yang lebih baik...d
drpd dirimu yang pernah aku kenali..
"Terima Kasih Mohd Farizul Amri"
Izinkan aku terbang.....ke awangan maha indah ini..
"Oh tuhan, redhakan aku, tenangkan aku, temuilah kekuatan yang telah hilang...
Kuyakini kau menyediakan yang lebih baik utkku..Amin Ya Rabbal Alamin"

p.s: "aku tenang selepas membuat keputusan ini, dan aku bersyukur sgt2 pdMu Ya Allah! Aku telah temui kekuatan ku.. Cukup Kau saja Penjagaku..."

Sunday, August 23, 2009

H1N1 + H5N1 = Disaster!

Ibu segala pandemik


KEMUNCULAN virus Influenza A baru telah lama diramalkan sejak wabak pandemik Influenza tahun 1918, sama ada kemunculan semula virus yang sama ataupun warisnya.


ESEMUA pandemik Influenza A sejak itu (pandemik Spanish flu), dan hampir semua kes Influenza A di seluruh dunia (kecuali jangkitan virus unggas seperti H5N1 dan H7N7 pada manusia) berpunca daripada waris keturunan virus pada 1918 tersebut.

"Ini termasuk (variasi) virus H1N1 baru dan juga virus H2N2 dan H3N2 yang mengalami penyusunan semula genetik!"

Itu merupakan telahan Dr. Jeffery K. Taubenberger pada 2006, dalam rencananya kepada Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat bertajuk 'Influenza 1918: Ibu Segala Pandemik'.

Ini mungkin sukar difahami sesetengah pembaca. Asasnya, Dr. Taubenberger menceritakan bagaimana maklumat terbaru menunjukkan hampir kesemua variasi virus Influenza A merupakan pewaris kepada virus Influenza A H1N1 yang membunuh antara 50 hingga 100 juta penduduk dunia sekitar tahun 1918 dan 1919. Bermacam variasi virus Influenza A muncul selepas tahun 1919, termasuklah variasi terbaru (2009) yang sama namanya, Influenza A H1N1.

Evolusi 90 tahun

Dibandingkan antara virus Influenza A H1N1 pada 1918 dengan virus-virus Influenza kini, Dr. Taubenberger mendapati hanya terdapat perubahan kecil kepada susunan genetiknya.

Daripada 4,400 rantaian asid amino (binaan genetik) pada H1N1 tahun 1918, hanya 25 hingga 30 asid amino sahaja yang berbeza. Perbezaan kecil ini sudah cukup untuk mengubah satu virus unggas (burung) menjadi pembunuh yang mudah merebak antara manusia.

H1N1 yang bermula pada 1918 secara misteri, juga hilang secara misteri pada 1919. Selepas 90 tahun, evolusi virus Influenza A H1N1 telah menghasilkan bermacam variasi yang dinamakan mengikut struktur protein di permukaan kapsul virus, iaitu hemaglutinin (H) dan neuraminidase (N). Ciri H dan N ini juga menentukan tahap bahaya variasi virus tersebut. Dari 16 jenis protein H dan sembilan protein N, hanya H1, 2, 3 serta N1 dan 2 yang biasa ditemui pada virus yang menyerang manusia.

Perlindungan

Dengan mengenali gen tertentu pada variasi baru virus, tahap ancamannya kepada manusia dapat dianggarkan sebelum wabak bermula. Ramalan ancaman bagaimanapun hanya dapat dibuat jika variasi baru virus Influenza A dilaporkan dengan segera. Kemunculan H1N1 pada April 2009 di Mexico bagaimanapun dilaporkan agak lewat, di ketika virus tersebut sudah pantas merebak.

Vaksin menjadi kaedah perlindungan pilihan untuk kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas, serta penghidap penyakit kronik. Bagaimanapun, keupayaan mutasi Influenza A yang tinggi bermakna vaksin yang sama mungkin tidak berkesan untuk jangka panjang dan perlu diformulasi semula mengikut perubahan virus.

Masa enam bulan diperlukan untuk menghasil dan mengedarkan vaksin kepada semua yang memerlukannya. Untuk virus H1N1 terbaru ini, vaksin dijangka hanya dapat diedarkan di penghujung 2009 dengan keutamaan kepada kakitangan kesihatan dan kumpulan berisiko tinggi.

Kaedah kawalan lain seperti penutupan sekolah dan tempat tumpuan awam semasa menghadapi pandemik-pandemik sebelum ini dilihat dapat memperlahankan penularan virus tetapi tidak memberi kesan kepada kadar kematian.

Masalah yang dihadapi dengan tindakan penutupan sekolah dan tempat kerja adalah pergerakan individu dijangkiti ke tempat tumpuan umum yang lain, sedangkan mereka sepatutnya mengasingkan diri di rumah masing-masing.

Selesema Ramadan

Ketibaan Ramadan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Melihat kepada kadar peningkatan beratus-ratus kes setiap hari, cara penyebaran virus di hospital, pusat membeli belah mahupun di bazar Ramadan perlu dikawal dengan ketat oleh semua pihak.

Tidak perlu menghentikan terus aktiviti harian! Namun, mereka yang mempunyai walau sedikit gejala penyakit seakan-Influenza perlu mengasingkan diri dari tempat tumpuan umum. Bukan hanya orang ramai, pekerja dan terutamanya peniaga, perlu mengelakkan hubungan terus dengan umum jika berkemungkinan menghidap selesema.

Ingatlah bahawa virus Influenza A mempunyai kemampuan mutasi yang tinggi. Ini bermakna ancaman kesihatan mungkin jauh lebih dahsyat kelak, terutamanya ketika sesetengah saintis khuatir kemungkinan gabungan H1N1 dengan virus selesema burung (H5N1).

Jika kedua-dua virus itu bergabung, kemungkinan akan muncul satu virus baru yang mudah merebak seperti H1N1 dan keupayaan membunuh lebih tinggi seperti H5N1.

Jumlah kematian yang tinggi antara 1918 dan 1919 mungkin akibat tiadanya vaksin dan antiviral serta kurangnya keupayaan mengawal komplikasi yang timbul.

Walaupun kita jauh lebih bersedia menghadapi virus H1N1 terbaru ini, perlu diingat bahawa kematian tetap boleh berlaku jika badan pesakit terlalu lemah untuk menentang jangkitan.

Oleh itu, perkara utama adalah untuk memastikan diri dan keluarga anda terlindung daripada jangkitan mana-mana waris Influenza A H1N1, melalui sebarang dan semua kaedah pencegahan yang ada.

Saturday, August 22, 2009

1 ramadan berlalu sudah

hari ini sempurna sudah 1ramadan pertama bagi 1430H..
besok 2ramadan..

hatiku bergolak malam ni.. bercampur baur perasaan ini..
dimanakan ku temui kekuatan utk berkata2..
agar segala bebanan tiada lagi ku tanggung...?
sudahkah terhukum salahmu itu?
mengertikah yang diam itu pernah membunuhku..
kan kini kau merasakannya..
peluang? kau sebut soal peluang? sedarkah kau peluang itu bagai sampah segala?
sedarmu cuma seketika... menangis airmata darah sekalipun, hati ini telah berderai..
maaf itu cuma masa yang akan menentukan.. kerana maaf itu bagimu cuma kata2 kosong
dikala diri diburu bersalah..
maafkanku jika ini terlalu siksa buatmu..
tapi ketahuilah... utk membuat keputusan ini bukanlah senang bagiku..
melepaskan sesuatu yang paling kusayang.. bukan semudah kau merelakan cintamu
didagang.. kita xpernah sama.. tp kita cuba utk bersama.. berbohong soal keserasian..
menipu tentang kejujuran.. sehingga kini, aku xmampu berbohong tentang kau yang masih di hati walau hakikat.. hati ini telah menjadi nisan.

aku pergi kerana ku percaya...melepaskan seseorang utk dia lebih bahagia,
tp kenapa aku juga yang kau cari? sedangkan aku pernah kau usir?
apa yang ada apa aku? cinta ku ada xsempurna buatmu...
dengan itu, aku relakan ia berlalu,..dengan titip doa istikarah..
bahawa "jika dia bukan tercipta buatku, bawakan dia jauh dariku.."
dan kini...mungkin tuhan telah mendengari setiap tangisku...
dikala aku lemah melawan perasaanku.. menafikan segalanya yang pernah tersimpan cuma buat mu.. kini, ia telah mati..
aku telah mati...yang tinggal kini cuma satu jasad dengan hati kosong tiada terisi..

Kau pergilah mencari bahagiamu..
kerana aku bukanlah destinasimu...
aku doakan kau bahagia, biar airmata menitis menjadi saksi... cinta itu sedang aku hapuskan..
biar aku begini... sendiri melalui sepi... menghitung hari tentang kisah2 kita yang telah tertinggal jauh..

"Sy janji pada awk..sy akan tersenyum di hari2 mendatang dan xkan bersedih lg"

"Cukuplah Dia sahaja yg menjagaku.."

Friday, August 21, 2009

Informasi H1N1


1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?
Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu :-

* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)
1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

* Common Cold
1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari

* Pharyngitis / radang tekak
1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya

* Pneumonia/ jangkitan paru-paru
1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital

2.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
Lagi...

3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?
Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

4.Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en

5.Apakah gejala virus ini?
Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

6.Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?
Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
* Berehat dan meminum banyak air
* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan

9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam
Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama..

10. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?
* Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
* Adab batuk yang baik (cough etiquette)
* Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
* Pengudaraan dalam rumah yang baik
* Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
* Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
* Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
* Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
* Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
* Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

11. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.
Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

12. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

13. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?
Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

14. Bolehkah kita ke luar negara?
Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.
Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.

15. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?
Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.
Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.
Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.
Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

16. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut
Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.
Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

17. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?
Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

18.Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?
Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.
Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

19. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?
Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.
Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?
Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti

22.Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

23.Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?
Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hidrogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

25.Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.

26.Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?
Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.

P.S: info ni aku cilok kat mane ntah.. utk reference sume2..;)

Ramadan! Kau menjelma lagi

Yeah..
esok 1 Ramadan 1430H bersamaan 22Ogos2009..
semua umat islam akan berpuasa... kali ini, puasa ku sambut dengan kengkawan..
tiada lg seperti sebelumnya ramadan ku disamping keluarga...
yelah..kalo tahun lepas aku dok intern, balik kampung..
kat umah..sure leh makan mcm2.. kalo bujang2 gni..ala kadar ajela...
for sure gak... kat umh ku di sana sunyi sepi tanpa ku..
cume mama n abah berdua bersahur n berpuasa,..
mesti dorg juga merasakan kesepian tanpa ku disisi..
agak syahdu dan pilu... tp xpe, cume tahun ini dan kali ini..insyaallah..:)

nampaknya...
cuaca malam ni agak suam2 sejuk gtu..guruh dah mengalunkan dentuman..
golap gulita melainkan sinaran neon lampu jalanan dan lampu kereta2 lalu lalang..
hujan mula menitis..
ku pandang jauh di sekitar main road bangsar.. sesak n jam! pergh..
kereta berasak2.. ku kira, mesti ramai yang balik ke kampung or umh masing2 mulai malam ni memandangkan besok weekend dan permulaan ramadhan.. mestilah nak celeb ramadhan ngn family masing2 rite... nasibla family ku jauh.. tp, tadi.. maksu ku tanyeku sok de kelas ke x? ku jawab ade.. mungkin dia nak ajak aku balik bangi... apakan daya.. serba slh aku nak g, cuma sehari bezanya.. xpelah, dok diam2 kat jalan tanduk dah la.. lepak2 ngn budak ribena dalam bilikku... hehe..it should be fine then! esok jugak bazar2 ramadan akan bermula! huhu...
masjid jamek....kg baru...kerinchi.... are listed.

p.s: adalah perkara yang tidak menyeronokkan apabila 1ramadhan awl2 dah bercuti..:(

Tuesday, August 18, 2009

Hujan turun lagi

wahhh...sejuknye..angin menderu..membuai2 bagai naik buai...
bayu bertiup umpama ditepian pntai...ku memandang keluar memerhati titis hujan yang berderai jatuh..lebat juge..golap sekitar den! patutlo..dah kul 7 jam ni.. nge!

hujan turun lagi hari ini...malam ni konfrem tdoku nyenyak dalam kesejukan..ceh!
tiada ape yang mau ku bebelkan...kecuali..aku kelegaan kerana 1 esemenku telah beres...heh!
ponat den.. tinggai nak make up2 skit jek lg..duedate lg 2mggu...but memandangkan takot hari kedepan ni lagi kebizian melanda...aku tega membereskan ia sebelum lagi tertunggak dengan keje2 yang makin membukit..

sebenarnya..
aku windu kangen banget sama kampung ku..
ku pndang langit mendung..ingin ku dejavu kan diriku berada di kampung..ya, kita dibawah satu langit walaupun jauh jaraknya.. rindunya aku nak lepak2 kat umah, ku kenang kembali saat2 cuti sem 2bulan rtu...
rutin ku..2.3o di depan tv mengadap upik abu dan laura..
tp semuanya telah ku tinggalkan, apetah jdnya cte tu...sengal2 lagi ke x agknya?

sebenarnya..
aku jugak tertanya2 tentang kemana hilangnya kawanku dayah..
mesej xdibalas..nak ditelefon, takot mgganggu.. sepi sudah seminggu berlalu..
wat had happened? aku pelik.. sumenya hanging.. cite bagai xde ending. tergantung dan tercekik dlm seribu tanda tanya. apa yang buat dia menyepi sebegitu rupa? aku betul2 pelik..
congratulations aku pdnya bagai dipandang sepi.. xkan nak marah aku xgi konvo dia kot?
tell me why??? adei... setiap masa keraguan ini datang mencekik nafasku hingga aku sesak utk bernyawa..perlukah aku menalipon nye utk menyiasat kejadian sebenar? aku kompius giler skg ni..

saat ini jugak, ku mencari2..dimana letaknya hati. ntahla.. adei.. kosongnya, tp.. kenapa ku rasa kekosongan ini bagai indah? kerana aku tidak lg dibelenggu bimbang n risau yang menyesatkan..
aku bersyukur kerana aku telah mampu bernafas.. bebas menarik O2 dan menghela CO2 dengan aman.. tiada lg gas2 beracun yang membuat aku hilang pertimbangan..

p.s: aku bersyukur... jika ini nikmatMu. Maka panjangkan ia selama2nya.




Monday, August 17, 2009

Tanggal 18 Ogos..

hr ni hr selasa..
as usual, on tues aku off..
there's a lot to do.. but none is done.
today..kene siapkan assignment yg memerlukan aku spending more time to read the notes..
aku lomah... cepat bosan skg ni. ape nak jadi neh... do i am infected by M viruses?

sebenarnya..
berat kepala ni utk memikirin..
semalam kami jumpe advisor for fyp progresses, jumpe puan ros. she said ok. proceed ur big job. but when we see puan safurah utk komen our application, too many things that need to hard improve..the contents is too weak.. byk info but a lot do not relates to each other katenya.
yup she's right to say that..but aku rs she's making the ideas truly based on what she used to see. dia byk guna cth disney playhouse n wateva to compare our work.. maybe we just a lil too late la jmpe dia.. kl x, we can use that yesterday ideas to make it well. skg ni.. week 5, mane sempat dah.. dr segi contents, based on her ideas.. byk gile kene wat rombakan.. sah2 mcm rombakan kabinet kekdahnya.. xtertanggung kami..

katenya..u do not have to put as many stories u have, but try to make it a lil story become more than many stories..u can put the games as well inside the stories, singing song wateva..
aku see that ideas ok lar, but lil bit messy i guess.. flow dah len...komfirm lari2..
we strongly agreed yg diff lecturer with diff ideas n nothing is much more than that. everyone freely can throw their words.. i used to stand here...keep thinking for the solutions..
animation should be the tremendous things that should i care most at this moment...

aku kepeningan... aku kepenatan.. aku keletihan... utk berlari mengikut rentak dan irama setiap orang.. ku memandang jauh ke langit biru.. terang benderang...
bulan xde.. mane anak bulan... nge~

- tORn -

I thought I saw a man brought to life
He was warm, he came around like he was dignified
He showed me what it was to cry
Well you couldnt be that man I adored
You dont seem to know, dont seem to care what your heart is for
But I dont know him anymore
Theres nothing where he used to lie
My conversation has run dry
Thats whats going on, nothings fine Im torn

Im all out of faith, this is how I feel
Im cold and I am shamed lying naked on the floor
Illusion never changed into something real
Im wide awake and I can see the perfect sky is torn
Youre a little late, Im already torn

So I guess the fortune tellers right
Should have seen just what was there and not some holy light
To crawl beneath my veins and now
I dont care, I have no luck, I dont miss it all that much
Theres just so many things that I cant touch, Im torn

Theres nothing where he used to lie
My inspiration has run dry
Thats whats going on, nothings right, Im torn

Im all out of faith, this is how I feel
Im cold and I am shamed lying naked on the floor
Illusion never changed into something real
Im wide awake and I can see the perfect sky is torn
Im all out of faith, this is how I feel
Im cold and Im ashamed bound and broken on the floor
Youre a little late, Im already torn

p.s: aku lyn lgu ni sjk secondary skool lg..but bile bsr2 nih..bgai bwk kenan plak.. :*
terkenan kah aku? .......

Hush Hush

I never needed you to be strong
I never needed you for pointin' out my wrongs
i never needed pain,i never needed strain.
My love for you was strong enough you should've known.
I never needed you for judgement
I never needed you to question what i spent
I never asked for help, I take care of myself, I don't know why you think you got a hold on me.
And it's a little in the conversations
There isn't anything that you can say.
And my eyes hurt, hands shiver, so look at me and listen to me because,

I don't want to
Stay another minute
I don't want you
To say a single word
Hush Hush, Hush Hush
There is no other way
I get the final say
Because
I don't want to
Do this any longer
I don't want you
There's nothing left to say
Hush Hush, Hush Hush
I've already spoken
Our love is broken
Baby Hush Hush

I never needed your corrections
On everything from how i act to what i say
i never needed words, i never needed hurt, i never needed you to be there everyday
I'm sorry for the way i let go
Of everything i wanted when you came along
But i am never beaten, broken, not defeated
I know next to you is not where i belong
And it's a little late for explanations
There isn't anything that you can do
And my eyes hurt, hands shiver, so you will listen when i say baby

No more words
No more lies
No more crying
No more pain
No more hurt
No more tryin'
Because
I've already spoken
Our love is broken....

p.s: healing alone..

- Sober -

I don't wanna be the girl who laughs the loudest
Or the girl who never wants to be alone
I don't wanna be that call at four o'clock in the mornin'
'Cause I'm the only one you know in the world that won't be home

Ah, the sun is blindin'
I stayed up again
Oh, I am findin'
That's not the way I want my story to end

I'm safe up high, nothing can touch me
But why do I feel this party's over?
No pain inside, you're my protection
But how do I feel this good sober?

I don't wanna be the girl that has to fill the silence
The quiet scares me 'cause it screams the truth
Please don't tell me that we had that conversation
'Cause I won't remember, save your breath
'Cause what's the use?

Ah, the night is callin'
And it whispers to me softly, "Come and play"
But I, I am fallin'
And if I let myself go I'm the only one to blame

I'm safe up high, nothing can touch me
But why do I feel this party's over?
No pain inside, you're like perfection
But how do I feel this good sober?

When it's good, then it's good, it's so good 'til it goes bad
'Til you're trying to find the you that you once had
I have heard myself cry 'never again'
Broken down in agony, just tryin' find a friend, oh, oh

P.S: .....sober enough.

Adakah Tangisanku telah Kau Dengari?

.........jauh di ketika ini. perasaan ini bercampur baur. xsampai hati, rs keterbukaan, rs bersalah, rs memenangi hati sendiri, rs ingin memiliki kembali kebahgiaan yang telah lama hilang..
adakah Dia sedang mendengarkan aku..? adakah Dia sedang mengujiku dengan sesuatu..
dan adakah doa2 itu telah termakbul...?

"lets the rain come wash away my tears.."

Saturday, August 15, 2009

Tuhan yang begitu setia




Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya.

Begitu dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya

Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang

Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama..

Dia begitu setia dengan cinta-Nya yang agung..

p.s: Redhai aku dalam pencarian ini..

Sunday Morning

Matahari megah bersinar hari ini..
tiada petanda mendung berarak datang..
pagiku bermula seawal 6.45 pagi.. selesai solat subuh mata ku ingin lelap
tapi xnak pejam plak. ku risau tentang kuiz e-business. banyak nota yang perlu dibelek,
idea jahat bermula.. heheh..

kubelek nota dr chapter 1 pai 3.. pergh! byk giler siot nak kena khatam. ku try membacanya,
antara paham n xpaham. "asalla kene amik subjek bisnes ni..cian tol kat aku"
ku tenung2 jeling2 nota2 di atas meja..nampak begitu nice sekali dengan slide2 kecik yang begitu bagus jika ku potong kecik2 jadikan pocket note..nge~ yeah! pocket note, here we go!

aku pon memulakan kerja2 pemotongan..gunting pisau segala macam alat perang ku sediakan..
cian kat nota2 ni..sudah ku cerai2 kan kepada pieces.. lama gak la mengadap benda ni..
smpai aku jd bosan.. byk lor slide kene potong.. xnak plak budak2 roomate aku ni offer nak tolong..nge! sebenarnya..dorg tdo lg. cuma ade sorg jek budak tgh kusyuk melukis..budak Bcad.
aku salute ngn dak ni..artwork dia mmg hebat. she has a bright future to go. very talented animator la.. wa caya la sama lu sis!
eh..meh la tolong potong neh... nge~

keje2 pemotongan telah accomplished. skg keje mengikat plak.. tali exam tu xde.. sbb serba kekurangan, aku pakai getah jek utk ikat.. thanks to encik getah for ur helping for grabbing my pocket notes..akhirnya, its done. heheh.. its almost ready to give its services!


p.s: .....quiz! argh!

Geng Tempoyak Mengganas

Ketika aku menulis ni...ku sedang enak mengadap hidangan dinnerku..:) berupa...
nge~ bihun goreng jew! dah 2 malam aku pekena bihun goreng ni..ntah ape yg sedap sangat pun aku xtau..setia bebenor aku kekdahnya!

yeah..bihun sudah selamat tiba ke destinasinya. aku leh menyambung babbling sampai ke noktah terakhir. ni.. malam ni, bilik kami baru reda dari wangian buah-buahan tempatan iaitu durian..td kami berkelah buah langsat n dokong... rindu kat kampung terubat sementara...
uwaa... mama..ku mau pulang.....

ni ha..budak bilik ku nenek nye datang dari kampung, membawa bekalan untuk cucunya..
al-kisahnya, cucunya mengidam mau makan tempoyak.. si ibu nya plak melarang..katanya mau satu hostel bau tempoyak..cianla si budak ini..ala-ala kempunan ikan tembakul la plak..
aku pun layan gak tempoyak ni..td jek baru pekena masa lunch ngn si faza, k.farah n si dd di Dulang.. huhu.. tp malam ni, tempoyak versi len..
Tempoyak versi kelate.. yang aku makan td tempoyak KL.. nge~

Yeah geng tempoyak mengganas.. first dibukanya tupperware berisi tempoyak..satu bilik dah
berbau menusuk ke jantung.. satu budak ni saliva dia dah meleleh-leleh dah..aku plak pemantau
di tempat kejadian. gelihati tol aku tengok budak2 ni mengadap tempoyak utk dijadikan hidangan dinner di cafe.. nasib dorang xberkelah dlm bilik...aku dah pening2 lalat dah...kuat
sungguh penangan tempoyak ni..menusuk ke kalbu..


nah! aku ditinggalkan seorang diri..dorang turun berkelah kat kafe, aku plak delivery tapau bihun goreng.. bau bilik toksah cte.. mau pitam aku..
ni cte last 1hr td..

ni dah okey dah..nge~
satu bilik aku sembur ngn odour spray..
ahhh lega akhirnya...
aku bisa bernafas segar kembali..
indah seketika umpama di taman bunga....

.......he~

A new day has come

I was waiting for so long
For a miracle to come
Everyone told me to be strong
Hold on, and don't shed a tear

p/s: cilok lagu kak celine dion, rangkap pertama adalah kondisiku skang :*
akan diupdate dr masa ke masa..heheh~ bergantung kpd perkembangan
dan penguncupan...nge~

Cinta dan Pengertian

Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan
dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu
keanehan yang dinamakan cinta. Ada sesuatu yang tidak ingin kita
lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah,
melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan
baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang
disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang
yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih
mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia,
ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum.
Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali
melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa
kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika
cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.

Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang,
melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang
diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang
telah kita buat.

Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar,
melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan,
mengerti, merasakan dan bertahan. Lebih berbahaya menitiskan
airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata
yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi
mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang.
Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya
kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita
mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus
berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti
mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan
lebih bahagia apabila kita melepaskannya. Sebaliknya,
apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia,
jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar
mencintai. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati. Lebih baik
menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama
orang yang sedia ada. Kadangkala, orang yang kita cintai adalah
orang yang paling menyakiti hati dan kadangkala teman yang
menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.


p/s: dicilok dari tulisan Myelina Tashiro

Mungkinkah...?

Anggun – Berganti Hati

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…


p/s: Masih mencari tempat alat ganti yang berkualitas. nge~~

Hujan turun lagi

Dingin dan nyaman..
ini yang mampu aku describe di ketika ini.
Hujan sudahpun reda meninggalkan hawa dingin ala2 winter sonata..ceh!
cume belum sampai nafas berasap2 jek..nge~
aina ape ko merepek ni..

seleblum dan medula oblogata tu ligat berputar mengingati setiap kerja2
yang makin membebani diri ini. tadi baru menerima "misi assignment" yang membuat aku
berkata pada diri esemeng...
ve, dfirm, fyp, quiz lagi utk e-business..aduhh! those are might kill pleasure's away!
xpe.. gambate! he~ tul ke?

hari ni..genap 2 weeks aku lost from him..
totally lost it. i missed him badly. but i just cant say it bcoz this might hurts me most..
everything is broken like shattered glass.
again..this should be end as well! ape kaba agaknya dia.. i just wonder :'(
"do you find yourself still calling my name?"
................ fullstop.

29 ni ade kelas la plak.. ve! ceh..dengki tol en.dol ni taw.. katenya, "masa korang xnak dtg kelas la aku nak wat quiz.." wah..ayat ugut ala2 profesor klon kekdahnya. tiket sudah ku beli, xkan aku nak biar burn terbakau hangus jek.. adusss..
xleh2..aku kene balik menemui ayahbondaku, mane ade masa dah except tarikh tu jek..
len2 masa mane ada cuti dah.. mau merana guek bikin penasaran!
kerabu kaki ayam...~~ mane nak cekau kat KL ni... xkan dapat komfirm!

xpe..aku akan usahakan siapkan progress castle ve yg aku sendiri x clear nak cipta..
gile payah..cane ntah..mampukah aku siapkan awal demi balik kampung?
oh tuhan.. permudahkan segalanya bagiku...Amin.

Friday, August 14, 2009

Celoteh Seorang Aku

apa yang telah mengembalikan aku kepada dunia typing ini..aku pun xtau
tapi ketika ini benar aku kembali teruja utk mengarut n merapu..setelah
lama aku x meraban seorang diri..xsangka blog ini masih wujud di alam maya..
aku ingatkan ia dah expired ditelan masa..

well, ainaa.. u did it again!

di ketika ini, aku melayan jiwa ku yg berkaler pink malam ni
tinggal cuma berdua dengan roomateku yang leka bermain poker..
aku rasa sejak bulan lepas lg budak ini dok ngadap poker..
memang master of pokerface btol la..

malam ni jugak, friday nite ke saturdat nite eh?
hingar betol macam party like this jek sekitar jalan tanduk ni..
kereta2 penuh sekeliling jalan..
apa yang sedang berlaku ni? aku pun xtahu.

dikala ni jugak..
kepala ku ligat berfikir..
tentang sesuatu yang aku xpasti. Sunyinya..
Till when this could be end?

nmpaknya...
aku telah ditinggalkan keseorangan
budak pokerface dah tdo...kekeke
perlukah aku tdo jugak...?
zzzZZZZ

to be continued...

Aku Kembali Menaip...:)

14 August 2009, Friday

now i'm writing again since long time left...
hoping..there will be more sunshine for my next day!